Dari usia seawal 5 tahun aku telah didedahkan dengan pancing. Latar belakang keluarga kebanyakkannya kaki pancing. Tapi yang paling hardcore aku sorang jer. Yang lain setakat layan talapia kat kolam. Aku lah generasi dari keluarga aku yang explore keseronokan dunia pancing ini. Walaupon penglibatan telah mencapai 25 tahun, tapi masih banyak yang aku perlu pelajari. Pelbagai teknik aku dalami. Dari pancingan dasar sehinggalah ke surfcast. Sumer aku cuba...Tiada satu pon yang menjelekkan aku. Bagi aku dunia pancing nie adalah satu cara aku meneroka alam ciptaan tuhan. Korang diluar sana mungkin tidak memahami erti pancing dan tidak sesekali akan mengetahui apa yang kami ketahui. Sesungguhnya dunia pancing ini penuh dengan misteri...
| |||||||||

